Pelanggan yang menggunakan rangkaian 4G dan 4G LTE tidak akan mengalami sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan.
3G Sunset Support
Di bawah pelan JENDELA, industri sedang berusaha untuk menyediakan rangkaian 4G yang lebih berkualiti di seluruh negara dan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses internet yang lebih konsisten. Digi akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta rakan industri lain untuk memantau peralihan yang berlaku dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh negara.
Walaupun kami akan membantu anda dengan sebaik mungkin dalam menghadapi peralihan ini, pelanggan bertanggungjawab terhadap penaiktarafan peranti dan kami tidak dapat mengetepikan sebarang caj bil.
Rangkaian 3G akan ditamatkan di seluruh negara oleh semua penyedia perkhidmatan mudah alih untuk memastikan liputan 4G yang lebih luas dan kualiti pengalaman yang lebih baik untuk semua. Oleh itu, anda tidak akan dapat menggunakan rangkaian 3G setelah ia ditamatkan sepenuhnya pada akhir Disember 2021. Anda akan mengalami gangguan perkhidmatan dan kesesakan di rangkaian 2G jika anda terus menggunakan peranti 3G. Kami mempunyai senarai tawaran peranti terkini yang boleh membantu anda mengakses sambungan yang lebih pantas dan konsisten di laman sesawang kami.
Dalam usaha menyediakan pelanggan bagi peralihan yang lancar, kami akan sentiasa menyediakan pelbagai tawaran baharu yang menarik untuk peranti 4G di laman sesawang kami.
Sekiranya peranti semasa anda menyokong 4G, anda boleh terus menikmati perkhidmatan tersebut tanpa perlu menukar pelan atau peranti. Anda boleh beralih ke pelan baharu jika anda mendaftar untuk kontrak peranti baharu yang hadir dengan pelan yang dinaik taraf. Untuk menyemak sama ada SIM anda menyokong 4G, hantar SMS LTE ke 20000. Sekiranya anda memerlukan penggantian, kunjungi Digi Store terdekat untuk menaik taraf SIM anda sekarang.
Secara umumnya, pengguna boleh menggunakan rangkaian 4G jika peranti mereka menyokong spesifikasi 4G. Namun begitu, jika pengguna tidak mengaktifkan pilihan 4G dalam tetapan telefon, maka sambungan 4G akan disekat. Untuk menyemak sama ada SIM anda menyokong 4G, taip LTE dan SMS ke 20000. Sekiranya anda memerlukan penggantian SIM, kunjungi Digi Store terdekat untuk menaik taraf SIM anda sekarang.
Digi komited dalam memastikan kelancaran peralihan bagi pelanggan dengan sentiasa menyalurkan informasi terkini. Kami akan memberikan notis awal kepada pelanggan melalui SMS, e-mel, laman sesawang dan platform Digi yang lain. Maklumat mengenai tawaran peranti 4G yang berpatutan akan sentiasa dikemas kini bagi membantu pelanggan menaik taraf ke peranti yang menyokong 4G dan VoLTE. Untuk maklumat lanjut, layari halaman JENDELA Digi atau laman sesawang JENDELA Kerajaan.
Digi menggalakkan pelanggan untuk menaik taraf peranti mereka kepada peranti yang menyokong 4G secepat mungkin bagi memastikan akses yang berterusan. Laman sesawang kami akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat mengenai peranti yang menyokong 4G dan VoLTE serta info terkini mengenai tawaran peranti 4G yang berpatutan.
Semua pelanggan 3G akan diberikan notis awal melalui SMS, e-mel dan platform Digi yang lain sebelum pelaksanaan penamatan 3G. Anda juga boleh menyemak rangkaian yang disokong peranti atau spesifikasi peranti anda di tetapan peranti.
3G adalah generasi ketiga teknologi telekomunikasi tanpa wayar yang menggunakan rangkaian menara telefon untuk menghantar isyarat jarak jauh.
Manakala, 4G pula adalah generasi keempat teknologi telekomunikasi tanpa wayar yang dibangunkan berlandaskan keupayaan 3G, dan memberikan pengalaman yang lebih konsisten dan lebih pantas. Peranti yang menggunakan rangkaian mudah alih 4G akan mendapat maklum balas yang lebih pantas berbanding peranti sama yang menggunakan rangkaian 3G, kerana latensi yang jauh lebih rendah.
Setelah rangkaian 3G ditamatkan, penyedia perkhidmatan akan berhenti menyokong peranti yang hanya menggunakan 3G. Sekiranya anda menggunakan peranti sedemikian, maka peranti tersebut tidak lagi dapat menerima sambungan yang lancar.
Buat masa sekarang, tiada sebarang perancangan untuk menamatkan 2G kerana rangkaian tersebut masih dapat menyokong pengguna Digi dan peranti M2M.
Data pengguna 3G telah menurun dengan ketara kerana peralihan telefon pintar ke 4G, sementara sejumlah peranti M2M (antara mesin ke mesin) dan IoT (Internet Pelbagai Benda) seperti peralatan keselamatan dan kesihatan masih berfungsi dengan menggunakan 2G. Oleh itu, ia lebih mudah dan efisien untuk memindahkan pengguna 3G ke rangkaian 4G berbanding memindahkan pengguna 2G ke 4G. Rangkaian 3G akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2021.
Rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara menjelang 31 Disember 2021. Pengguna akan diberikan notis awal supaya mereka mempunyai masa untuk melakukan persiapan peralihan ke 4G.
Semua pengendali telekomunikasi akan menamatkan rangkaian 3G masing-masing secara berperingkat sepanjang 2021, dengan sasaran penamatan sepenuhnya pada 31 Disember 2021.
Penamatan rangkaian 3G membolehkan syarikat telekomunikasi mengguna pakai semula spektrum daripada 3G ke 4G yang mampu meningkatkan kelajuan rangkaian 4G, sejajar dengan aspirasi JENDELA negara yang menyasarkan purata kelajuan hingga 35Mbps untuk pengguna. Inisiatif ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi pengguna peranti mudah alih dengan pengalaman yang lebih baik dalam melayari internet, penstriman video, gaming serta penggunaan perkhidmatan dalam talian yang lain. Pengguna boleh melihat beberapa penambahbaikan seperti:
- Kelajuan data yang lebih tinggi
- Latensi yang rendah
- Kebolehpercayaan dan kestabilan rangkaian yang lebih baik
Penamatan rangkaian 3G adalah sebahagian daripada inisiatif yang sedang diusahakan oleh semua syarikat telekomunikasi di Malaysia di bawah pelan JENDELA, untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi kesalinghubungan yang berkualiti. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti spektrum untuk menyokong trafik yang lebih tinggi bagi rangkaian 4G, justeru menghasilkan prestasi dan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada semua pengguna 4G. Ini akan membolehkan syarikat telekomunikasi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk mendapat kesalinghubugan yang berkualiti.
Sebahagian daripada matlamat JENDELA iaitu pelan infrastruktur digital negara, rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara untuk menyediakan rangkaian yang lebih berpotensi untuk masa hadapan supaya dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.