3G Sunset Support

Bagaimanakah penamatan 3G mempengaruhi peranti IoT dan M2M pelanggan?

Peranti IoT yang hanya menyokong 3G mungkin tidak dapat berfungi lagi setelah rangkaian 3G ditamatkan. Anda digalakkan untuk melakukan audit dan inventori untuk memastikan peranti anda menyokong 2G dan 4G serta menaik taraf ke teknologi yang lebih baharu.

Apakah jenis peranti IoT yang akan terjejas?

Mana-mana peranti yang dihasilkan atau dikeluarkan sebelum 2018 boleh terjejas dengan penamatan 3G. Ini termasuklah tablet, telefon pintar, GPS, sistem penggera dan mesin-mesin biasa. Untuk bantuan lanjut, Pelanggan Perniagaan boleh berhubung dengan pengurus akaun masing-masing atau menghubungi unit sokongan perniagaan kami melalui bsc@digi.com.my atau di talian: 016-2998888.

Bagaimanakah Digi akan membantu pelanggan IoT bagi peralihan ke 4G?

Digi akan bekerjasama rapat dengan Pelanggan Perniagaan untuk memastikan peralihan yang lancar dan meminimumkan sebarang gangguan perniagaan. Kami akan memaklumkan pelanggan akan sebarang perkembangan dan memberi masa yang mencukupi untuk membolehkan semua pelanggan menukar peranti mereka ke teknologi yang lebih baharu dengan selamat. Digi juga akan membantu dalam memeriksa liputan dan permintaan penggantian kad SIM sepanjang proses peralihan. Untuk bantuan lanjut, Pelanggan Perniagaan boleh berhubung dengan pengurus akaun masing-masing atau menghubungi unit sokongan perniagaan kami melalui bsc@digi.com.my atau di talian: 016-2998888.

Adakah Digi akan menampung kos peralihan bagi Pelanggan Perniagaan?

Digi mempunyai kakitangan perkhidmatan pelanggan untuk menyokong proses peralihan bagi Pelanggan Perniagaan, namun begitu pelanggan tersebut bertanggungjawab untuk sebarang penaiktarafan peranti.

Adakah Digi akan terus menyokong peranti 3G sebelum rangkaian 3G ditamatkan?

Selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan, kami tidak akan lagi memperakui mahupun menyokong penggunaan peranti 3G mulai tahun 2021. Walaupun peranti 3G masih boleh digunakan sehingga tempoh penamatan, pelanggan digalakkan untuk menaiktaraf peranti ke teknologi 4G untuk mengekalkan sambungan.

Adakah saya perlu menggantikan kad SIM saya untuk peranti 4G?

Tidak, kad SIM 4G akan dapat menyokong dan berfungsi seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Adakah saya akan mengalami gangguan liputan?

Pelanggan yang menggunakan rangkaian 2G dan 4G LTE tidak akan mengalami sebarang gangguan liputan.

Bagaimanakah cara untuk saya menaik taraf peranti saya?

Sila hubungi vendor atau pembekal peranti anda untuk mendapatkan bantuan lanjut berkenaan penaiktarafan peranti.