Tidak, anda tidak boleh menukar rebat kepada wang tunai.
Jaringan Prihatin (BM) Support
Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk pakej rebat peranti.
Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi pembelian peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.
Tidak, subsidi Jaringan Prihatin anda terikat dengan 1 nombor telefon bimbit dan 1 MyKad individu ketika anda mendaftar untuk program Jaringan Prihatin.
Tarikh terakhir untuk menebus rebat peranti ialah 30 September 2021.
Sekiranya anda warganegara Malaysia yang layak, anda boleh memilih dan menikmati satu daripada faedah di bawah bergantung kepada kriteria anda.
Berkahwin dan bujang tanpa anak | Berkahwin dan bujang dengan anak di bawah 18 tahun |
---|---|
Subsidi 1: RM180 Rebat Pelan (Rebat RM15 sebulan x 12 bulan) | Subsidi 1: RM180 Rebat Pelan (Rebat RM15 sebulan x 12 bulan) |
Subsidi 2: RM180 Rebat Peranti | Subsidi 2: RM300 Rebat Peranti |
Anda hanya boleh menebus dengan 1 nombor telefon bimbit sahaja. Pada masa pendaftaran, anda akan diminta untuk memilih nombor telefon bimbit di mana anda ingin untuk menerima subsidi. Selepas pendaftaran, anda tidak dibenarkan untuk menukar nombor telefon bimbit.
Anda boleh menyatakan minat anda di mana-mana Digi Store dan anda akan diberitahu apabila stok peranti diisi semula.
Semua warganegara Malaysia yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin.
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan atau RM180 untuk pakej rebat peranti.
Untuk memohon kelayakan anda, sila layari https://bpr.hasil.gov.my atau 1800-88-2747 dari 15 Mei – 30 Jun 2021. Untuk perkara lain yang berkaitan dengan Digi, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Digi.
Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Untuk maklumat lanjut dan semak kelayakan anda untuk program Jaringan Prihatin, layari laman web Digi: https://digi.my/prihatin.
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda masih bujang dengan anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan , atau RM300 untuk pakej rebat peranti.
Tidak, rebat Jaringan Prihatin sebanyak RM15 sebulan tidak dapat dibayar secara penuh untuk setahun bagi menyelesaikan bil atau pembelian untuk pelan data.
Pendaftaran untuk program Jaringan Prihatin dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021.
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda berkahwin tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan atau RM180 untuk pakej rebat peranti.
Semua data peribadi yang disediakan untuk program Jaringan Prihatin adalah milik Kerajaan Malaysia dan akan digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.
Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 30 September 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
Jika anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Sekiranya anda berkahwin dan mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan rebat RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan , atau RM300 untuk pakej rebat peranti.
Tidak. Rebat Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.
Tidak, anda hanya layak menerima rebat peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.