Jaringan Prihatin (BM) Support

Adakah saya masih layak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 sebulan jika saya menukar penyedia perkhidmatan saya?

Ya, anda masih layak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 apabila anda menukar penyedia perkhidmatan. Tamatkan talian anda dengan penyedia perkhidmatan sedia ada sebelum mendaftar Jaringan Prihatin semula dengan penyedia perkhidmatan yang baru. Tempoh masa antara pendaftaran dengan penyedia perkhidmatan sedia ada dan pendaftaran semula dengan penyedia perkhidmatan yang baru mestilah minimum 30 hari.

Berapa kali saya boleh menukar penyedia perkhidmatan saya sekiranya saya layak?

Anda dibenarkan untuk menukar penyedia perkhidmatan sehingga 4 kali sepanjang tempoh program ini.

Bolehkah saya bertukar ke penyedia perkhidmatan lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran?

Tidak, anda tidak boleh bertukar kepada penyedia perkhidmatan yang lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran.

Sekiranya saya daftar masuk ke penyedia perkhidmatan lain, perlukah saya mendaftar Jaringan Prihatin semula atau saya akan menerima RM15 rebat secara automatik?

Anda perlu mendaftar semula dengan penyedia perkhidmatan baru untuk program Jaringan Prihatin.

Bolehkah saya menukar ke pelan data lain setelah saya mendaftar untuk mendapatkan tawaran?

Ya, anda boleh menukar ke pelan data yang lain dan layak mendapat rebat RM15 sebulan sekali. Sekiranya anda telah menebus RM15 pada bulan yang sama sebelum pertukaran, anda perlu menunggu hingga bulan berikutnya sebelum anda dapat menebus kembali faedah tersebut.

Bolehkah saya menukar talian saya dari Prepaid ke Postpaid atau sebaliknya semasa saya mendaftar untuk program ini? Dan bolehkah saya terus menebus rebat?

Ya, anda boleh menukar dari Prepaid ke Postpaid atau sebaliknya dan anda akan menikmati rebat RM15 sehingga 30 September 2022 selagi anda belum memenuhi 12 tuntutan.