Setelah berjaya mendaftar, RM15 akan diberikan secara terus (dalam masa 4 jam) sebagai kredit internet. Kemudian anda perlu membeli pelan Prepaid yang layak dengan kredit internet RM15 yang diberikan. Kredit internet RM15 akan diberikan pada 1hb setiap bulan selama 11 bulan yang berikutnya sampai anda berjaya menebus RM15 sebanyak 12 kali atau hingga akhir program ini.
Contohnya, semasa anda membeli pelan yang berharga RM35, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai kredit internet RM15 dan anda mempunyai baki kredit minimum RM20. Setelah dibeli, RM15 akan ditolak terlebih dahulu diikuti dengan RM20 dari kredit anda.