Promotions Support

Apa yang anda akan dapat dengan Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Memperoleh peranti 4G berkemampuan VoLTE secara percuma bersama pelan Digi Postpaid 40 dengan tempoh kontrak 24 bulan. Pelan ini lengkap dengan kuota Internet pantas 10GB dan panggilan tanpa had setiap bulan. Anda juga boleh menuntut 1GB Internet Produktiviti percuma setiap hari. Cara penebusan.

Tawaran ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mendaftar talian baharu, melengkapi pendaftaran port-in, menukar pelan dari Prepaid ke Postpaid atau menukar pelan Digi Postpaid yang sedang dilanggani.

Anda boleh mendaftar atas talian digi.my/ppkm atau di mana-mana Digi Store, Digi Store Express dan pengedar Digi Postpaid yang mengambil bahagian berdekatan dengan anda. Tarikh pendaftaran bermula dari 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.

Sekiranya anda menamatkan kontrak sebelum kontrak lengkap

Sekiranya anda menamatkan kontrak Pakej Peranti Keluarga Malaysia anda sebelum tarikh penamatan kontrak, anda akan dikenakan caj penalti RM300.