desktop_image

Tahukah Anda?

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
 

Wangiri Panggilan Palsu atau Memancing Data Penipuan Media Sosial Penipuan SMS Malware
Scam Call/Vishing

Apa itu Panggilan Palsu atau Memancing Data?

Panggilan daripada penipu bertujuan mencuri wang/maklumat peribadi anda.

 

Scam Calls/Vishing

 Bagaimana penipu beroperasi?

Penipu menggunakan pelbagai cara untuk mencuri maklumat peribadi seperti butiran perbankan. Antaranya termasuklah:

  • Intimidasi (dengan menyamar sebagai seseorang daripada agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM atau institusi kewangan seperti bank, LHDN).
  • Mengemukakan tawaran masa terhad yang menarik.
  • Menyamar sebagai seseorang yang mungkin dikenali.


 

What to look out for

Apa yang perlu diteliti?

Pemanggil yang mengatakan mereka adalah pihak berkuasa, pegawai tempatan, bank/perkhidmatan telemarketing.

 

Bagaimana untuk bertindak?

Jangan percaya tawaran yang terlalu hebat, terutamanya daripada pemanggil tidak dikenali.
Rujuk pada laman rasmi/kedai yang sah untuk mengesahkan sebarang promosi.
Hubungi bank/ penguatkuasa tempatan dan sahkan maklumat yang diterima.
Jangan kongsi sebarang maklumat peribadi/kod OTP.
Lapor nombor tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.

Panggilan Palsu atau Memancing Data #1

Encik Sam daripada pihak bank telah menghubungi anda dan mengatakan anda telah membuat transaksi dalam talian sebanyak RM3,000. Beliau memerlukan maklumat anda untuk mengesahkannya.

Tetapi anda tak membuat apa-apa transaksi pada hari ini.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Panggilan Palsu atau Memancing Data #2

Encik Dan menelefon anda dan memperkenalkan dirinya sebagai wakil Digi. Beliau memberitahu anda mengenai tawaran eksklusif untuk memiliki iPhone terbaharu dengan pelan pascabayar anda yang digunakan sekarang.

Apa yang harus anda lakukan hanyalah untuk memberikan OTP yang akan dihantar oleh bank melalui SMS kepada anda sebentar lagi.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Panggilan Palsu atau Memancing Data #3

Inspektor Ali menelefon anda berkenaan tunggakan saman yang dikeluarkan oleh polis yang belum anda jelaskan. Beliau memerlukan pengesahan daripada anda terhadap maklumat anda pada saman tersebut, nama penuh dan nombor kad pengenalan.

Anda tidak mengingati mendapat sebarang saman.

Apakah yang anda perlu lakukan?

 

Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda

Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!

 

Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.

Laporkan Penipuan

Baca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.

Ketahui Lebih Lanjut

 

 

Yellow Heart

Inisiatif oleh Digi Yellow Heart

Ketahui lebih lanjut tentang Yellow Heart