Tahukah Anda?
Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
Apa itu Penipuan Media Sosial?
Penipu menawarkan promosi menarik melalui profil/laman palsu dalam talian.
Bagaimana penipu beroperasi?
Penipu menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri maklumat peribadi seperti butiran perbankan. Antaranya termasuklah:
- Menawarkan promosi yang menarik di akaun media sosial, laman web & platform membeli-belah yang palsu.
- Menghubungi mangsa dan menawarkan kad hadiah percuma.
- Menggunakan profil palsu untuk memikat mangsa melalui aplikasi temu janji.
Apa yang perlu diteliti?
- Tawaran yang dinyatakan terlalu hebat.
- Akaun atau profil yang kelihatan palsu atau tidak konsisten.
Bagaimana harus anda bertindak?
Jangan cepat mempercayai tawaran yang terlalu hebat.
Rujuk pada laman rasmi atau kedai yang sah untuk mengesahkan sebarang promosi.
Jangan berkongsi maklumat peribadi atau kod OTP.
Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda
Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!
Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.
Laporkan PenipuanBaca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.
Ketahui Lebih Lanjut