Tahukah Anda?
Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
Apa itu Malware?
Perisian berbahaya yang tersembunyi sebagai aplikasi yang sah di telefon anda.
Bagaimana Malware beroperasi?
Perisian malware dalam telefon kebiasaannya tidak dapat dikesan. Ia beroperasi secara senyap, mencuri maklumat peribadi dan boleh mengaktifkan kamera dan mikrofon tanpa pengetahuan anda. .
Apakah yang perlu diperhatikan?
- Muncul iklan pada telefon anda.
- Bateri cepat habis.
- Aplikasi dan caj yang tidak diketahui.
Bagaimana harus anda bertindak?
Hanya muat turun aplikasi dari laman aplikasi yang rasmi.
Kemas kini peranti anda.
Imbas peranti anda untuk mengesan virus dan padam aplikasi secara manual atau set semula peranti pada tetapan kilang.
Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda
Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!
Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.
Laporkan PenipuanBaca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.
Ketahui Lebih Lanjut