Tahukah Anda?
Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
Apa itu Wangiri?
Ia memperdaya mangsa dengan meninggalkan notifikasi panggilan tak dijawab. Panggilan ini hanya berdering sekali dan berhenti.
Bagaimana penipu beroperasi?
- Membuat panggilan singkat daripada nombor antarabangsa.
- Mangsa menelefon balik dan dikenakan caj kadar premium.
- Mangsa akan ditahan di talian selama yang mungkin.
- Lebih lama mangsa di talian, lebih banyak pendapatan penipu.
Apa yang perlu diteliti?
Panggilan singkat/tak dijawab, selalunya daripada nombor antarabangsa.
Bagaimana untuk bertindak?
Elak menelefon balik nombor antarabangsa yang tidak dikenali.
Jangan kongsi maklumat peribadi anda.
Lapor nombor tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.
Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda
Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!
Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.
Laporkan PenipuanBaca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.
Ketahui Lebih Lanjut