Manfaat 4G untuk masyarakat umum
Berkomunikasi dengan Rangkaian 4G dengan lebih senang dan sempurna. Nikmati penyambungan
tanpa gangguan di mana jua anda berada.
Mengapa anda harus menaik taraf ke Digi 4G
Strim Video 4K
Tanpa Gangguan
Tonton filem dan rancangan TV kegemaran
anda tanpa sekatan.
Muat Turun yang
Lebih Pantas
Alami pelayaran Internet yang lebih pantas, muat turun muzik, bermain dan banyak lagi!
Penyambungan dalaman terbaik
di seluruh negara
Nikmati liputan 4G lebih
baik di mana-mana.
Semak jika anda telah memiliki 4G
Adakah peranti anda berupaya menyokong fungsi 4G? SMS 4G ke 28282 atau klik sini untuk info lanjut. Telefon anda tiada fungsi 4G? Milikinya sekarang dari harga serendah RM68 di sini!
Adakah SIM anda berfungsi 4G? SMS LTE ke 20000 untuk info lanjut. Jika anda ingin menaik taraf ke SIM 4G, kunjungi Digi Store berhampiran!
Naik taraf SIM sekarang
Bersama pelan JENDELA, Digi terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan komunikasi untuk warga Malaysia
Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah inisiatif kerajaan dalam meluaskan penggunaan Internet ke seluruh pelosok Malaysia sebagai persiapan menuju ke teknologi 5G. Rancangan ini termasuk memansuhkan Rangkaian 3G dan menerajui pembaharuan dan peningkatan pengalaman jalur lebar.
Pemansuhan 3G
Objektif kami adalah untuk memastikan seluruh negara berpeluang menikmati pengalaman perhubungan Rangkaian 4G berkualiti kami. Menjelang 2021, Rangkaian 3G kami akan ditamatkan secara beransur agar lebih ramai warga dapat berhubung sepenuhnya melalui Rangkaian 4G.
Peluasan 4G untuk semua
Peluasan 4G untuk semua Rangkaian 4G kami akan dikembangkan ke serata tempat secara progresif dengan tujuan untuk meningkatkan liputan seluruh negara dan mencapai pengalaman jalur lebar berkualiti untuk pelanggan.
Ketibaan 5G
Dalam usaha dasar pelaksanaan 5G pada masa akan datang, kami sedang meneliti beberapa rakan kerjasama teknologi yang berpotensi dalam membentuk pengalaman yang lebih bermakna buat para pelanggan.
Objektif Kebangsaan JENDELA
2020 - 2022
*Fasa 1
- Peningkatan liputan 4G dari 91.8% ke 96.9% di kawasan berpenduduk.
- Peningkatan kepantasan jalur lebar mudah alih dari 25 Mbps ke 35Mbps.
- Naik taraf daripada 3G ke 4G untuk pengalaman Internet yang lebih berkualiti.
*Fasa 2
- Setelah Rangkaian 4G mengambil tempat di seluruh negara, kami akan mula memperkenalkan teknologi 5G (apabila objektif Fasa 1 telah dicapai).
- Bagi menerajui Malaysia menjadi negara digital yang lebih mantap, Rangkaian 5G akan diutamakan buat manfaat perniagaan dan industri, seterusnya diikuti oleh seluruh rakyat.
*Info lanjut tentang pelan JENDELA di sini
Sertai Rangkaian Mudah Alih Terpantas di Malaysia
Kami akan terus menaik taraf infrastruktur dan teknologi 4G dengan mengembangkan rangkaian kami bagi meningkatkan pengalaman yang berkualiti buat anda. Sama ada di hutan batu mahupun di kawasan pedalaman, kami sentiasa berusaha menawarkan anda perhubungan lancar walau di mana jua.
Nikmati pengalaman Rangkaian 4G yang lebih baik dengan Digi
Segalanya lebih baik melalui Rangkaian Mudah Alih terpantas. Ketahui lebih lanjut tentang rangkaian kami.
Rangkaian 4G yang lebih baik di mana jua anda berada
Kami sentiasa meningkatkan dan menaik taraf rangkaian, supaya anda boleh menikmati pengalaman perhubungan Internet lancar.
Ketahui lebih lanjut tentang status perkembangan Rangkaian 4G kami.
Alami liputan 4G menyeluruh tanpa gundah
Kini anda tidak perlu risau dengan radiasi risiko rendah sambil menikmati rangkaian pantas kami.
Rangkaian Mudah Alih Terpantas di Malaysia
membolehkan anda
#BuatLebihL4Gi dengan Digi 4G
Tonton video di bawah untuk mengetahui manfaat 4G kepada setiap warganegara Malaysia.
Nantikan kandungan terbaharu di ruangan ini!
#BuatLebihL4Gi bagi Hiburan dan Produktiviti untuk seisi keluarga.
#BuatLebihL4Gi untuk pelajar dalam Pendidikan dan Permainan seharian.
#BuatLebihL4Gi untuk perniagaan.
Akses ke sambungan jalur lebar yang lebih lancar.
Klik di sini untuk video JENDELA yang lain
Nikmati Internet yang lebih lancar dengan mudah
Spesifikasi & Prestasi Penanti
Ketahui lebih lanjut mengapa RAM, storan dan bateri telefon pintar anda boleh mempengaruhi tahap kualiti komunikasi anda. Ketahui lebih lanjut
Lokasi Pengguna
Fahami bagaimana penyambungan anda terjejas setiap kali anda berada di lokasi dalaman, di rumah, atau di bangunan tinggi.
Ketahui lebih lanjut
Keadaan Cuaca
Kami akan membantu anda memahami mengapa hari hujan boleh memberi kesan pada kesambungan rangkaian anda. Ketahui lebih lanjut