Archives Support

Apa yang baharu mengenai pas Internet Sahur?

Pas Internet Sahur adalah tawaran Internet terbaharu Digi untuk pelanggan Prepaid, Postpaid, dan Mobile Broadband. Dengan melanggan pas Internet Sahur, pelanggan dapat menikmati 100GB Internet pantas antara jam 3 pagi hingga 7 pagi selama 7 hari, hanya pada RM7.

Siapa yang boleh melanggan pas Internet Sahur?

Semua pelanggan Prepaid, Postpaid, dan Mobile Broadband Digi layak untuk melanggan pas Internet Sahur.

Bagaimana saya boleh melanggan pas Internet Sahur?
Jenis PelangganSaluran Langganan
Pelanggan Prepaid yang layakAplikasi MyDigi dan web
UMB *128*2*2# untuk pelanggan NEXT atau *116*2# untuk pelanggan pelan kadar warisan
MSA Internet Express
Pelanggan Postpaid yang layakAplikasi MyDigi dan web
Pelanggan Mobile Broadband yang layakAplikasi MyDigi dan web

 

Bilakah pas Internet Sahur sedia digunakan untuk pelanggan yang layak?

Pas Internet Sahur adalah tawaran masa terhad yang sedia digunakan untuk pelanggan yang layak antara 13 April – 12 Mei 2021 sahaja.

Adakah pas Internet Sahur berulang atau untuk penggunaan sekali?

Pas Internet Sahur adalah pas sekali sahaja. Langganan pas Internet Sahur akan dikeluarkan dari akaun individu setelah tempoh telah tamat.

Apa yang berlaku jika saya melanggan pas Internet Sahur sekali lagi semasa mempunyai langganan Internet Sahur yang ada?

Pelanggan yang layak boleh melanggan beberapa pas Internet Sahur dan kuota Internet 100GB (3am-7am) akan terkumpul sehingga tamat langganan masing-masing.

Adakah terdapat sekatan kelajuan Internet 100GB (3am-7am) untuk pas Internet Sahur?

Tiada sekatan kelajuan. Langganan pas Sahur Internet membolehkan pelanggan menikmati Internet 100GB (3am-7am) internet pantas tanpa had laju.

Bolehkan saya menggunakan kuota Internet 100GB (3am-7am) dari pas Internet Sahur di luar waktu ini?

Pelanggan tidak akan dapat menggunakan kuota Intenet 100GB (3am-7am) dari pas Internet Sahur di luar waktu yang ditetapkan.

Apa yang berlaku sekiranya saya telah habis menggunakan kuota Internet 100GB (3am-7am) dari pas Sahur Internet?
Prepaid
  • Penggunaan data dari pas Internet Sahur akan berhenti seketika setelah habis 100GB (3am-7am)
  • Penggunaan data dari pelan Internet yang lain akan diikuti sekiranya terdapat langganan pelan Internet lain yang ada
  •  Pelanggan digalakkan untuk melanggan semula pas Internet Sahur melalui aplikasi atau web MyDigi atau saluran layan diri yang lain untuk menikmati penggunaan berterusan
Postpaid/ Mobile Broadband
  • Penggunaan data dari pas Internet Sahur akan berhenti seketika setelah habis 100GB (3am-7am)
  • Penggunaan data dari pelan Internet yang lain akan menyusul sekiranya terdapat tambahan Top-Up Internet yang lain. Jika tidak, data akan digunakan dari Internet ‘All Day / Base Internet’.
  • Pelanggan digalakkan untuk melanggan kembali Pas Internet Sahur melalui aplikasi atau web MyDigi untuk menikmati penggunaan yang berterusan

 

Apa yang berlaku sekiranya saya mempunyai baki kuota semasa pas Internet Sahur habis?

Kuota selebihnya dari pas Internet Sahur akan dilucutkan setelah tamat tempoh.

Untuk pelanggan Postpaid, adakah kuota dari pas Internet Sahur boleh dibahagikan dari talian Postpaid utama saya ke semua talian dalam kumpulan keluarga saya?

Tidak, kuota dari pas internet Sahur tidak boleh dibahagi dan hanya dapat digunakan oleh talian yang membuat pembelian.