desktop_image

Tahukah Anda?

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
 

Wangiri Panggilan Palsu atau Memancing Data Penipuan Media Sosial Penipuan SMS Malware
Social media scam

Apa itu Penipuan Media Sosial?

Penipu menawarkan promosi menarik melalui profil/laman palsu dalam talian.

 

Social Media Scams

 Bagaimana penipu beroperasi?

Penipu menggunakan pelbagai taktik untuk mencuri maklumat peribadi seperti butiran perbankan. Antaranya termasuklah:

  • Menawarkan promosi yang menarik di akaun media sosial, laman web & platform membeli-belah yang palsu.
  • Menghubungi mangsa dan menawarkan kad hadiah percuma.
  • Menggunakan profil palsu untuk memikat mangsa melalui aplikasi temu janji.
     
What to look out for

Apa yang perlu diteliti?

  • Tawaran yang dinyatakan terlalu hebat.
  • Akaun atau profil yang kelihatan palsu atau tidak konsisten.
 

Bagaimana harus anda bertindak?

Jangan cepat mempercayai tawaran yang terlalu hebat.
Rujuk pada laman rasmi atau kedai yang sah untuk mengesahkan sebarang promosi.
Jangan berkongsi maklumat peribadi atau kod OTP.

Penipuan Media Sosial #1

Anda menjumpa poster tawaran promosi yang sangat berbaloi di Facebook - iPhone 11 Pro berharga RM500 sahaja! Anda sudah lama menginginkannya lalu anda segera klik pada profil Facebook tersebut. Anda perasan akaun tersebut tidak disahkan dan paparan laman webnya tidak konsisten.

Namun, anda tetap menghantar mesej kepada mereka mengenai tawaran promosi berkenaan. Mereka mengatakan bahawa anda bertuah kerana hanya terdapat beberapa buah iPhone sahaja yang tinggal, dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah memindahkan wang kepada mereka dengan segera supaya iPhone 11 Pro dapat dihantar kepada anda.

Apakah tindakan anda seterusnya?

Penipuan Media Sosial #2

Anda menerima mesej di media sosial daripada seorang rakan yang sudah lama tidak berhubungan. Beliau meminta nombor telefon anda.

Sebaik sahaja anda memberikan kepadanya, mesej dihantar kepada anda dan memberitahu bahawa beliau sedang membantu sebuah organisasi amal, justeru itu beliau amat menghargai sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan. Apa yang harus anda lakukan adalah berkongsi OTP yang akan dihantar kepada anda melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari bank atau Digi.

Apakah yang anda akan lakukan?

Penipuan Media Sosial #3

Anda menerima mesej di media sosial yang menyatakan bahawa anda baru sahaja memenangi kad hadiah membeli-belah percuma bernilai RM500. Anda tidak mengingati menyertai mana-mana peraduan di media sosial, tetapi anda tetap berasa gembira atas kemenangan tersebut.

Kemudian, anda diminta untuk berkongsi butiran anda termasuklah nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor kad kredit beserta pin tiga digit supaya dapat menebus kad tersebut secara automatik untuk penggunaan segera

Apakah yang harus anda lakukan?

 

Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda

Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!

 

Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.

Laporkan Penipuan

Baca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.

Ketahui Lebih Lanjut

 

 

Yellow Heart

Inisiatif oleh Digi Yellow Heart

Ketahui lebih lanjut tentang Yellow Heart