desktop_image

Tahukah Anda?

Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM750 juta akibat penipuan sejak tiga tahun lepas. Sindiket menggunakan cara dan saluran yang berbeza untuk memperdaya mangsa mereka setiap hari.
Ketahui lebih lanjut tentang lima penipuan yang paling biasa terjadi, melibatkan ramai jumlah mangsa.
 

Wangiri Panggilan Palsu atau Memancing Data Penipuan Media Sosial Penipuan SMS Malware
Wangiri

Apa itu Wangiri?

Ia memperdaya mangsa dengan meninggalkan notifikasi panggilan tak dijawab. Panggilan ini hanya berdering sekali dan berhenti.

 

Wangiri

 Bagaimana penipu beroperasi?

  • Membuat panggilan singkat daripada nombor antarabangsa.
  • Mangsa menelefon balik dan dikenakan caj kadar premium.
  • Mangsa akan ditahan di talian selama yang mungkin.
  • Lebih lama mangsa di talian, lebih banyak pendapatan penipu.

 

What to look out for

Apa yang perlu diteliti?

Panggilan singkat/tak dijawab, selalunya daripada nombor antarabangsa.

 

Bagaimana untuk bertindak?

Elak menelefon balik nombor antarabangsa yang tidak dikenali.
Jangan kongsi maklumat peribadi anda.
Lapor nombor tersebut kepada penyedia perkhidmatan anda.

WANGIRI #1

Telefon anda akan berbunyi sekali dan padam. Bila diperiksa, nombor tersebut adalah daripada nombor antarabangsa yang mempunyai kod negara yang berbeza yang tidak dikenali.

Apa yang anda akan lakukan?

Wangiri #2

Anda menelefon semula nombor antarabangsa itu dan berfikir mungkin ada hal kecemasan. Apabila panggilan disambungkan, anda menyedari bahawa panggilan tersebut dijawab oleh mesej daripada sistem respon suara interaktif (IVR) dengan mesej automatik dan bukannya orang sebenar.

Suara itu akan memberitahu anda akan disambungkan ke salah seorang operator mereka.

Apa yang anda akan lakukan?

Wangiri #3

Anda menelefon semula dengan kod negara antarabangsa itu. Apabila panggilan disambungkan, orang yang tak dikenali akan menjawab panggilan tersebut.

Penerima panggilan berterusan bertanya samada anda dapat mendengar suaranya dan mengatakan bahawa terdapat gangguan pada talian telefon, lalu memberitahu anda untuk tidak menamatkan panggilan kerana mereka perlu bercakap dengan anda segera.

Apa yang anda akan lakukan?

 

Dapatkan Perlindungan Ekstra untuk Peranti Anda

Lindungi diri anda daripada serangan yang tak diingini dengan melanggan produk ini menggunakan EasyAdd oleh Digi!

 

Anda pernah ditipu? Maklumkan kepada kami.

Laporkan Penipuan

Baca lebih lanjut mengenai pelbagai jenis penipuan dan cara menghindarinya.

Ketahui Lebih Lanjut

 

 

Yellow Heart

Inisiatif oleh Digi Yellow Heart

Ketahui lebih lanjut tentang Yellow Heart